Promosi Terkini Busana2u.Com

Shopping Cart

VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Produk Busana2u.Com

Ihram
Ihram
RM59.00



Jubah Turki (Reva)
Jubah Turki (Reva)
RM125.00



Jubah Vietnam
Jubah Vietnam
RM130.00



Tudung Labuh
Tudung Labuh
RM29.00



Telekung Sulam (Bunga Timbul)
Telekung Sulam (Bunga Timbul)
Call for Pricing

 

Fesyen
Oh..Kakiku..
Tuesday, 10 March 2009 14:08

 

Kasut adalah pelengkap gaya bagi seseorang tidak kira lelaki ataupun wanita. Kalau bagi saya,

saya memang suka berkasut tinggi salah satu sebabnya saya boleh digolongkana dalam golongan yang rendah.

Jadi untuk Nampak lebih menarik dalam penampilan sekaligus kata orang nak belagak macam tinggi

saya akan kenakan kasut tinggi. Walaubagaimanapun untuk memakai kasut tinggi kita perlulah meneliti

beberapa aspek penting. Bukannya apa bimbang pergerakan kita akan terbatas, kadangkala bila berjalan

agak lama sedikit tumit akan sakit, dan yang paling penting takut terpelecok. Untuk pengetahuan

sahabat-sahabat semua waktu pertama kali saya mencuba memakai kasut tinggini saya pernah mengalami kaki terpelecok..

huhuhu memang sakit yela bayangkan anda punya buku lali (ankle) terseliuh sakitkan?

Oklah untuk ruangan tips kali ni saya nak kongsikan tips untuk mencari

kasut tinggi yang sesuai untuk

sahabat-sahabat semua, agar kaki kita selesa dan iAllah untuk mengelakkan

kaki terpelecok atau terseliuh. Bukan kah prevention is better then cures? 

So jom kita ikuti tips ini…

  • 1.      Bagi mengelakkan tumit kaki pecah atau merekah kasut tinngi yang paling sesuai

              dua setengah inci, kalau tiga inci pun boleh tapi perlu berhati-hatila.

 

  • 2.      Anda seelok-eloknya memakai kasut tinggi selama enam jam sehari

               tidak digalakkan lebih dari itu. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah

               anda harus mempunyai simpanan selipar di pejabat.

 

  • 3.      Bagi anda yang ingin berjalan jauh, janganlah memilih kasut tinggi

               untuk digayakan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang atau sakit di bahagian buku lali.

 

 


 


Last Updated on Tuesday, 10 March 2009 14:52
 
Mari-mari..tgok cokelat CINTA
Sunday, 01 March 2009 04:37

salam semua..kali ni aku nk tnjuk something special..penemuan terbaru.."coklat Cinta"..sebab ape aku namakanya cinta sebab aku menemuinya bersama cintaku..huhu ayat..jiwang karat..

coklat ni ada bnyak saiz ye kawan2..apa yang istimewa pada coklatni ialah

- mempunyai pelbagai size antaranya (4cm x 4 cm, 6cm x

6cm) yg popular dan murah.

- kita blh letak gambar kite,cnthnye for mjlis wedding ke kan

- nak tulis ayat-ayat cinta pun boleh

- kalau nak beli satu2 pn blh. jenis yg dh siap tulis contohnya

(just 4 u, congratulation, bnyak lg la. untuk yg jenis ready stock

ni hrga dia murh cz kt x
tampahkan ikut kehendak kt)

- yg paling penting coklatni kalo anda syg nk makan ia blh tahan

sampai 2 hingga 3 tahun..la
makan?? btul x tipu..tp syaratnye

anda kena simpan dalm suhu bilik dan jgn bagi terkena

mat
ahari..

- oh ya..sebelum terlupa coklatni anda blh dapatinya dalam 3

perisa iaitu white coklat, dark coklat da
n coklat biasa (brown

coklat)..
yang paling penting HALAL...

ok kt tgok pada harga nya pula ye

-kalo yang ready stock yang sizenye (4cm X 4cm) = RM2.50

untuk 1 pcs


- kalo yang ready stock yang sizenya (6cm X 6cm) = RM6.00

untuk seunit.


- ok ni kalo bg sesiapa yang nak tempah untuk diri sendiri size

(4cm X 4cm) = RM5.00 untu
k 1pcs tp kalo tempah 100 pcs =

RM2.50 untuk 1 pcs


- kalo yang nak tempah untuk size (6cmX6cm) = RM 8.00

untuk 1 pcs, tp kalo tempah 100 pc
s = RM6.00 untuk 1 pcs.

 

p/s: jika anda nk lukis gambar sila hantarkan gambar anda ye.. iAllah dalam tempoh 3 hari boleh siap.

size 4cm X 4cm

size 6cm X 6cm

size dan bentuk yg boleh di tempah.

Last Updated on Sunday, 01 March 2009 05:19
 
SaHaBat
Saturday, 28 February 2009 15:46

Setiap oarang mempunyai sahabatkan? tidak kirala orang tu jahat ke baik pasti mereka ada sahabat. Sy tidak tahula kalo wujudnya manusia di muka bumi Allah ini tidak mempunyai sahabat..bagaimana untuk hidup jika insan yang bergelar sahabt tidak wujud. Pasti hidup kita akan hambar kan..walaubagaimana pun dalam pencarian sahabt kita haruslah berhati- hati kerana sahabat ini yang bakal mempengaruhi kehidupan kita..btul tak? Bukan senang untuk mencari sahabt yang sanggup bekorban apa sahaja untuk kita..bukan senang juga untuk mencari seorang sahabat yang sama2 suka ..dan sama2 menangis. Bak kata orang sahabat ketawa senang dicari tetapi sahabat yang sama2 menangis susah untuk di cari. Apa ciri-ciri seorang sahabat???

  • Sahabat adalah insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka

  • Sahabat adalah insan yang memahami diri kita, perasaan, dan kehendak kita.

  • Sahabat yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik untuk hubungan tanpa menginginkan sesuatu atau mengharap balasan.

  • Sahabat yang  boleh membela dan menutup aib, kesalahan, dan kesilapan sahabatnya. Tetapi dalam masa yang sama menegur dan menasihati kita.

  • Sahabat yang baik ialah sahabat yang boleh menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.

  • Sahabat adalah insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menasihati dan  menegah kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh agama.
















Last Updated on Saturday, 28 February 2009 16:32
 
Aksesori untuk Tali Leher
Friday, 06 February 2009 15:02

Setiap gaya pasti ada aksesorinya. Begitu juga dengan pemakaian tali leher. Sebelum ini kita hanya memfokuskan aksesori untuk wanita sahaja, tetapi untuk kali ini busana2u memperkenalkan aksesori untuk lelaki pula.

 

  • Klip Tali Leher 

Cara pemakaian klip tali leher ini ialah kita boleh memakainya secara melintang pada tali leher. Terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang dijual dipasaran. Pilihla yang mana terbaik untuk anda.

 


 

  • Rantai Tali Leher (The Chain)

Cara memakai rantai tali leher ini  cukup mudah hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di bahagian hadapan.

 


 

  • The Tack 

"The Tack" ini umpama paku yang dilekatkan pada uniform polis, tentera dan sebagainya. The tack ini mempunyai dua bahagian. Jika ingin menggayakan "The Tack" mula-mula anda perlulah menanggalakan bahagian belakang pin, kemudian tusukkan bahagian yang mempunyai jarum pada tali leher. Untuk mengetatkan semula dan memberi kekemasan pada tali leher masukkan semula bahagian yang ditanggal tadi pada bahagian jarum yang dicucuk pada tali leher (Temukan pada bahagian dasar pin).

 

 

 

Last Updated on Friday, 06 February 2009 15:19
 
Jubah dan Abaya
Friday, 30 January 2009 14:39

Jubah dan Abaya

Dewasa ini pemakaian jubah dan abaya sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Islam di Malaysia. Jika kita lihat pada era 70-an dan 80-an tidak ramai masyarakat kita yang memakai jubah. Malah yang memakai jubah ini adalah daripada golongan ustazah. Peratus masyarakat Islam yang menutup auratjuga jumlahnya sedikit pada masa itu. Pemakaian jubah pada hari ini bukan sahaja untuk golongan tertentu sahaja malah semua golongan juga sudah beranu mencuba dan menjadi satu fesyen yang meluas. Jubah

adalah salah satu jenis pakaian yang sangat ringkas tetapi sangat cantik dan selesa apabila kita menggayakannya.Terdapat pelbagai jenis jubah yang menarik boleh didapati di pasaran sekarang ini. Antaranya Jubah Jeans, Jubah Chifon, Jubah Mesir dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda jubah berasal daripada negara arab. Ianya sangat ringkas dan mudah untuk di gayakan. Paling penting jubah adalah fesyen yang menutup aurat.

Walaubagaimanapun anda perlulah pandai memilih jubah supaya ia tidak begitu mengikut bentuk badan anda dan jarang. Pilihlah jubah yang mempunyai "inner" di bahagian dalam. Mereka yang inginkan gaya yang ringkas anda boleh memilih jubah sebagai busana anda. Selain itu jubah juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung.


 

 

 

Apakah perbezaan antara Jubah dan abaya ?

  1. Abaya mempunyai belahan dari bahagian leher hinggan ke kaki. (Terbuka)

  2. Anda perlu memakai baju dan seluar kemudian barulah mengenakan abaya.

  3. Abaya ini boleh diumpamakan seperti kod labuh, cuma kainnya tidak setebal kod danmempunyai corak yang menarik.

Last Updated on Saturday, 31 January 2009 13:20
 
Pakaian Seorang Muslimah
Wednesday, 21 January 2009 15:00

Berfesyen atau bergaya memang seronok. Ini kerana apabila kita mempunyai imej yang menarik secara tidak langsung orang lain dapat menilai kita. Tambahan lagi bagi anda yang bekerjaya. Pasti inginkan imej yang menarik. Selain itu melalui pakaian seseorang juga boleh memberikan penampilan yang pelbagai. Antaranya anda akan tampak lebih muda, tua, kurus,dan  gempal. Paling menyeronokkan apabila pakaian yang dikenakan oleh anda mendapat pujian daripada suami dan rakan sepejabat. Walaubagaimanapun dalam keasyikan kita berfesyen jangan sesekali melanggar syariat yang ditetapkan. Jangan kerana ingin cantik, dosa bertambah. Mari kita lihat apa fesyen seoarang muslimah.

  • Tidak Memakai Pakaian Yang Ketat sehingga menampakkan susuk tubuh anda. Selain itu ia tidak disukai didalam Islam, pakaian ini juga boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu. Terutamanya perjalanan darah. Rasululullah s.a.w pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya."Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya".(Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)

  • Melabuhkan tudung ke paras dada. Tujuan melabuhkan tudung hingga menutupi dada adalah sangat baik supaya ia tidak menjadi perhatian.

  • Tidak memakai pakaian yang jarang. Pakaian yang jarang adalah bukan pakaian seorang muslim sebenarnya. Memakai pakaian yang jarang umpama kita tidak memakai pakaian."Rasulullah bersabda, pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang".(Mu'jam al-Thabrani dengan sanad yang sahih)

  • Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Anda dilahirkan didalam fitrah seorang perempuan mengapa perlu bertukar menyerupai lelaki ? Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya,"Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki".

  • Menutup aurat sepenuhnya. Sebagai seorang muslim sudah seharusnya kita menutup aurat sepenuhnya walaupun hanya sehelai rambut. Allah s.w.t berfirman, "dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."(Surah an-Nur ayat - 31) 

Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada kita semua.
Last Updated on Sunday, 25 January 2009 18:22
 
Tips Penting Apabila Memilih Pakaian
Monday, 19 January 2009 15:36
Cara kita memilih pakaian amat penting untuk menentukan tubuh kita kelihatan kurus atau gemuk. Mugkin kadangkala anda tidak perasan atau tidak megambil berat soal corak pakaian yang anda beli atau pakai. Asalkan mata dan hati anda nampak cantik itu sudah memadai. Untuk ruangan tips kali ini busana2u ingin berkongsi dengan anda tentang corak pakaian pilihan.

Kurus

  • Haruslah memilih corak yang melintang.(Strike yang melintang)

  • Pemilihan corak bunga yang besar untuk baju kurung.

Gempal

  • Memilih corak yang menegak.(Strike yang menegak)

  • Pemilihan corak bunga yang kecil untuk baju kurung.

  • Pilih baju yang mempunyai "cutting" tetapi tidak ketat.

Last Updated on Thursday, 29 January 2009 12:13
 
Bantal Cinta
Monday, 19 January 2009 14:25

Bantal

 Bantal digunakan sebagai alas untuk tidur supaya mendapat keselesaan. Bantal juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Jika anda salah memilih bantal ini boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan pada leher. Setakat ini busana2u hanya menyediakan satu jenis bantal sahaja iaitu "Bantal Cinta".

Bantal Cinta

  • Mempunyai pelbagai corak antaranya corak bunga-bungaan, Manchester United dan pelbagai lagi.

  • Sesuai untuk penggunaan tidur seharian.

  • Berukuran 50 X 90 cm

  • Lembut dan selesa, pasti jatuh cinta.

Last Updated on Monday, 19 January 2009 15:11
 
Kain Pelekat
Wednesday, 14 January 2009 14:13

Kain Pelekat

 Kain Pelekat ialah salah satu jenis kain sarong yang di pakai oleh kaum lelaki. Dewasa ini terdapat pelbagai corak dan jeniskain pelekat di pasara. Anda perlu bijak memilih untuk keselesaan anda. Terdapat pelbagi harga juga yang di tawarkan di pasaran mengikut jenis kain dan jenama. Di busana2u terdapat dua jenis kain pelekat yang bermutu tinggi dan harganya juga berpatutan sesuai untuk mereka yang sangat mementingkan soal keselesaan. Antara koleksi kain pelekatnya adalah Kain Pelekat Tenun dan Kain Pelekat Tikar.

Kain Pelekat Tenun

  • Jenama Gajah Duduk.

  • Material yang digunakan lembut dan selesa.

  • Mempunyai tenunan yang cantik dan timbul di permukaan kain.

 

 Kain Pelekat Tikar

  • Jenama Gajah Duduk.

  • Berbeza dengan Kain Pelekat Tenun ia tidak mempunyai tenunan.

  • Kain Pelekat Tikar ini mempunyai motif yang bercorak tikar.

  • Kain yang lembut dan selesa.

  • Harganya murah berbanding Kain Pelekat Tenun.

Last Updated on Monday, 19 January 2009 14:15
 
Sarung Tangan
Monday, 12 January 2009 15:43

 

Sarung Tangan

 Sarung tangan ini biasanya di gunakan bagi mereka yang memakai baju kurung yang mempunyai bukaan yang besar di bahagian tangan.Selain itu ianya juga boleh dipakai bagi mereka yang memakai baju berlengan separuh supaya menutup aurat sepenuhnya.

Busana2u juga ada menyediakan beberapa koleksi sarung tangan yang menarik.

Sarung Tangan/Lengan Plain

 

  • Mempunyai tiga warna iaitu Maroon, hitam, coklat tua dan beige.

  • Sesuai dipakai kemana sahaja.

 
 
 
 
 

Sarung Tangan Bercorak 

 
  • Mempunyai empat pilihan corak yang berbeza.

  • Material daripada Polyamid/Yarn dan Nylon.

  • Nipis dan tidak panas.

Last Updated on Wednesday, 14 January 2009 13:59
 
Stoking
Monday, 12 January 2009 14:50

  Stoking

   Stoking ialah sejenis sarung kaki yang di pakai di bahagian kaki. Pemilihan jenis kain untuk stoking amat penting. Ini kerana bagi mengelakkan anda mengalami masalah "kaki berbau" teritamanya bagi mereka yang gemar memakai kasut sarung. Stoking yang di pakai oleh anda hendaklah di tukar sekerap yang mungkin. Biasanya sepasang stoking sesuai untuk 1 hari atau 2 hari sahaja. Selain itu dengan penukaran stoking ini ia dapat mencegah jangkitan bakteria pada kaki anda. Elakkan daripada memakai stoking yang lembab.sesuaikan stoking yang anda pakai dengan situasi anda. Busana2u menyediakan beberapa jenis stoking yang pelbagai jenis untuk anda. Antaranya Stoking Wudhu, Stoking Sepit dan Stokin Aurat.

Stoking Wudhu

  • Stoking ini mudah di gunakan bagi mereka yang mementingkn masa. Kerana stokin ini boleh dibuka di bahagian jari  kaki. Oleh itu jika kita ingin mengambil wudhu tidak perlulah menanggalkan semua stoking cukuplah hanya menolak bahagian yang terbuka ke atas.
  • Menggunakan material Spandex. Ianya tidak jarang. Mempunyai 3 warna iaitu hitam, putih, dan coklat.

 

StokingAurat

  • Sesuai di bawa kemana sahaja. Selesa dan lembut.
  • 100% diperbuat daripada Nylon
  • Mempunyai dua pilihan warna iaitu beige dan hitam.

Stoking Sepit

  • Stoking ini sesuai dipakai oleh mereka yang ingin memakai selipar atau sandal.
  • Material daripada Spandex
  • Mempunyai dua warna iaitu beige dan hitam.

Last Updated on Sunday, 18 January 2009 10:06
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

Komen dari Artikal

 
Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009, Busana2u.com
Gudang Busana Muslimah Online