| Asal Usul Tudung.. |
| Friday, 09 January 2009 15:34 | ||||||||||||||||||
|
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||
| Last Updated on Saturday, 10 January 2009 01:30 | ||||||||||||||||||


Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Begitu juga jika anda melihat paderi "pop" yang memakai kopiah kecil di atas kepala tetap apa perbezaannya kopiah mereka dengan pemakaian kopiah di kalangan masyarakat muslim. Bezanya cuba anda perhatikan betul-betul kopiah yang dipakai oleh pop itu terkebelakang sedikit dan kopiahnya agak kecil dan tidah menutup sebahagian rambut. Jika kopiah yang dipakai oleh masyarakat muslim, kopiahnya di letakkan sempurna menutupi bahagian kepala. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.