| Aksesori untuk Tali Leher |
| Friday, 06 February 2009 15:02 | ||||||||||||||||||||||||
Setiap gaya pasti ada aksesorinya. Begitu juga dengan pemakaian tali leher. Sebelum ini kita hanya memfokuskan aksesori untuk wanita sahaja, tetapi untuk kali ini busana2u memperkenalkan aksesori untuk lelaki pula.
Cara pemakaian klip tali leher ini ialah kita boleh memakainya secara melintang pada tali leher. Terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang dijual dipasaran. Pilihla yang mana terbaik untuk anda.
![]()
Cara memakai rantai tali leher ini cukup mudah hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di bahagian hadapan.
![]()
"The Tack" ini umpama paku yang dilekatkan pada uniform polis, tentera dan sebagainya. The tack ini mempunyai dua bahagian. Jika ingin menggayakan "The Tack" mula-mula anda perlulah menanggalakan bahagian belakang pin, kemudian tusukkan bahagian yang mempunyai jarum pada tali leher. Untuk mengetatkan semula dan memberi kekemasan pada tali leher masukkan semula bahagian yang ditanggal tadi pada bahagian jarum yang dicucuk pada tali leher (Temukan pada bahagian dasar pin).
![]()
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||
| Last Updated on Friday, 06 February 2009 15:19 | ||||||||||||||||||||||||





