Promosi Terkini Busana2u.Com

Shopping Cart

VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Produk Busana2u.Com

Ihram
Ihram
RM59.00



Jubah Turki (Reva)
Jubah Turki (Reva)
RM125.00



Jubah Vietnam
Jubah Vietnam
RM130.00



Zahrah De Tigris
Zahrah De Tigris
RM20.00



Garis-garis Deja vu
Garis-garis Deja vu
RM22.00



 

Selamat menyambut Bulan Ramadan

dari: Busana2u.com 

Tips
Khasiat Pokok Misai Kucing
Tuesday, 12 October 2010 15:25

Daun misai kucing adalah herba yang popular bagi masyarakat kampung terutamanya golongan warga emas yang masih mengamalkan pemakanan herba seperti ini.Ada yang lucu bila mendengarnya namanya. Daun misai kucing ini mugkin di gelar dengan nama ini kerana rupa bunganya mirip misai kucing jika diamati. Jadi tidak hairanlah jika ia di gelar pokok misai kucing. Walaubagaimanapun pokok ini mempunyai penawar untuk beberapa penyakit antaranya ialah: 

  1. Kencing manis
  2. Batu karang
  3. Darah tinggi

Khasiat pokok ini ada pada daunnya. Caranya ialah and boleh mengambil segenggam daun misai kucing, keringkan kemudian rebus bersama 3 cawan air. Apabila memdidih toskan dan ambil airnya. Diingat kepada anda supaya minum air ini tidak perlulah setiap hari tetapi minum mengikut hari yang ganjil contohnya hari 1,3, 5 dan seterusnya.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan daun misai kucing ini yang asli anda dapatkannya dibusana2u.com. Pastinya asli dari pokok. Biasanya dipasaran juga anda boleh dapati tetapi ia telah diproses dengan beberapa bahan lain..Tetapi di busana2u tetap segar dar pokok.

RM10 = 1 paket  (300g)

Last Updated on Tuesday, 12 October 2010 15:56
 
Masker
Saturday, 21 February 2009 01:59

Setiap wanita pasti menginginkan wajah yang cantik dan bersih. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mendapatkan wajah yang menarik. Apa kata kali ini mari kita mencuba kaeda Masker pula.

  1. Masker Sengkuang

         Untuk memutihkan dan menghilangkan tanda-tanda hitam. Sesuai untuk remaja.

     2. Masker Tomato

        Menghaluskan kulit. Boleh dicampur berama masker sengkuang.

    3. Masker Bayam

       Boleh menghilangkan jerawat dan menghilangkan gatal-gatal pada muka.

    4. Masker Kentang

       Boleh melembut dan memutihkan kulit. Dicampur bersama air mawar.

    5. Masker Timun

      Untuk kulit lembut tanpa jerawat 

Last Updated on Wednesday, 25 February 2009 06:16
 
Persediaan ke Hospital Bersalin
Wednesday, 18 February 2009 03:06

Bagi anda yang bakal menimang cahaya pasti itu saat yang paling menggembirakan bukan? tambahan lagi bagi pasangan yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Tetapi sebelum orang baru lahir anda perlu membuat beberapa persediaan penting. Terutamanya persediaan ketika ke hospital. Kadangkala perkara-perkara akhir begini kita sering lupa kerana tergesa-gesa atau panik bila melihat isteri sakit untuk melahirkan. Untuk ruangan Busana2u kali ini menyedia tips persedian untuk ke hospital. Antara barang yang perlu dibawa ialah :

  • Stoking  Tebal 

          Ini bertujuan untuk menghalang angin masuk dalam badan terutamanya selepas  bersalin

  • Kain Batik

        Mudah untuk menukar pakaian, senang melakukan pergerakkan terutamnya ketika doktor kerap

        melakukan pemeriksaan.

  • Kelengkapan Mandi

         Kelengkapan mandi ini untuk mereka yang tinggal lama di hospital

  • Tuala

  • Tuala wanita

          Ini kelengkapan untuk selepas bersalin

  • Nursing Bra

         Memudahkan anda menyusukan bayi anda

  • Panties

          Pilih panties yang lebih besar sedikit biar ada ruang udara dan pastikan panties anda daripada kain kapas

  • Minyak angin

         Bawalah Minyak angin panas.

  • Selipar

        Bawa selipar ini bertujuan untuk anda ke tandas. Pastikan anda tidak membawa selipar yang licin. Pastikan

        tapak selipar anda betul-betul mencengkam.

Last Updated on Wednesday, 18 February 2009 03:19
 
Tips Cantik Untuk wanita Muslimah
Monday, 02 February 2009 14:07

Sebagai seorang muslim tidak beerti anda mmepunyai had atau bataan untuk bergaya mengikut peredaran zaman atau mengikut arus fesyen. Malah anda boleh tampil lebih anggun dan bergaya berbanding wanita-wanita lain. Paling penting ialah anda tahu menjaga aurat. Berikut adalah beberapa tips penting yang sesuia untuk kaum wanita.

 

  • Wajah

Wajah atau muka anda pasti berubah apabila memakai tudung. Pilihla tudung yang bersesuaian dengan wajah anda. Jika wajah anda bulat jangan memakai tudung daripada material yag lembut contonhnya satin. Ia akan membuatkan muka anda bertambah bulat. Jika anda ingin memakai tudung jenis satin atau tudung yang kainnya lembut pilihlah anak tudung yang mempunyai awrning keras dihadapan. Anda perlu seimbangkan antara warna pakaian dan juga tudung. Anda tidak perlu takut untuk menggayakan pelbagai jenis model tudung tetapi pastikan anda tahu teknik pemakaian yang betul.

  • Rambut

Rambut adalah mahkota wanita sekaligus merupakan aurat wanita. Untuk pengetahuan anda rambut yang ditutup biasanya mudah berbinyak dan berbau. Tetapi usah bimbang, ada jalan penyelesaiannya. Sebelum memakai tudung pastikan rambut anda telah dikeringkan terlebih dahulu. Cucilah rambut anda setiap hari bersama-sama conditioner yang sesuai. Jangan lupa gunakanlah minyak zaitun kerana minyak zaitun dapat menguatkan akar rambut supaya tidak cepat putus. Bagi anda yang mempunyai masa dan wang yang lebih jangan lupa memanjakan rambut anda. Buatlah perawatan untuk rambut anda contohnya rawatan steam. Pasti rambut anda akan kekal sihat, cantik dan bersinar walaupun bertudung.

  • Pakaian

Pilihlah pakaian yang sesuai dengan situasi anda. Jika anda pergi ke pejabat pilihlah pakaian yang lebih formal. Contohnya sepasang suite krim dipadan dengan kemeja dan tudung warna senada pasti menarik dan anda tampil lebih bergaya setiap hari.

Last Updated on Monday, 02 February 2009 14:45
 
Tips Untuk Pewangi Tahan Lama
Monday, 26 January 2009 02:45

Busana2u kali ni memberikkan an tips baru untuk anda iaitu cara untuk mengekalkan pewangi yang dipakai oleh anda. Walaubagaimanapun perhatian untuk kaum wanita, janganlah memakai pewangi dengan bau yang keterlaluan (maknanya terlalu kuat baunya) sehingga boleh ditegur oleh kaum lelaki. Jom kita lihat tips untuk pewangi tahan lama.

 

 

  • Pakai pewangi dahulu sebelum mengenakan baju.

Last Updated on Monday, 26 January 2009 03:02
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

Komen dari Artikal



Hak Cipta Terpelihara © 2008-2011. Dikuasakan oleh KhidmatWeb.com
Gudang Busana Muslimah Online